Followers

Saturday, 31 October 2015

Hidup Ini Ujian atau Tarbiah?

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Aku rasa aku kena jugak luahkan benda ni kat sini. Sebab aku rasa tak dapat nak hidup dengan tenang kalau aku tak luah. Aku luah kat sini sebab aku tak dapat nak percaya sesiapa sekarang ni. Even kawan-kawan yang kononnya till jannah dengan aku. Till jannah tu ada bila aku gembira, bila aku belanja depa. Bila aku sedih, down, takdak siapa pun yang peduli. Sakitkan bila ada orang buat macam ni? Takpa, aku dah biasa. Dah lali sangat.

Aku yakin seyakinnya, kita semua pernah jumpa dengan orang yang tak pernah nak letak diri depa dalam kasut orang lain. Lepastu, pandai-pandai nak cakap aku macam tu, macam ni. Aku ada pendirian aku sendiri. Aku ada tahap maksimum bila nak meletusnya kemarahan aku. Dan, semalam memang aku geram sangat. Aku dah cakap, even aku defend diri aku sendiri pun, last-last, aku yang kena torture balik. 

Aku datang UTM dengan niat aku malas nak cari pasal dengan orang. Tujuan aku satu ja, aku nak grap degree, grap redha Ummi dan Abah, grap redha Allah. Macam mana aku nak grap redha Allah kalau takdak langsung orang yang nak tolong aku? Macam mana?

Please jangan buat kat orang lain macam ni. Please jangan suka-suka cakap orang tu, ini kalau tak rasa sendiri. Pengalaman orang berbeza-beza. Aku ada pengalaman aku sendiri. Tapi, taklah hebat macam orang lain sampai kena macam-macam kan? Mungkin aku cuma di level 1. Orang lain dah level 100. Aku tak dapat nak tahan lagi dengan segala apa yang ada dekat level 1, sebab tu aku tak boleh nak move ke level 2. 

Belajar faham orang lain. Tu point aku.

Kalau terasa ambik. Memang aku tuju kat hampa pun. 

Thursday, 15 October 2015

Pertemuan : Satu KEMAHUAN Atau KETERPAKSAAN?

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani

Kita semua tidak akan pernah lari dari bertemu atau berjumpa atau berkenalan dengan seseorang yang baru masuk dalam hidup kita. Hari ni, esok, minggu depan, bulan depan, tahun hadapan, dan 1000 tahun lagi. Kita pasti dan mesti berjumpa dengan orang yang baru dengan perangai yang baru, nama yang berbeza, umur yang berlainan. Sudah tentu pertemuan ini sering berlaku kerana berjuta-juta malah berbillion manusia yang hidup atas dunia ini. Bukan hanya aku atau kau seorang.

Tapi, pernah tak dengar ayat ni. "Dulu sebelum berpisah, aku tak pernah hargai dia sebagai seorang sahabat. Aku pedulikan dia. Tapi, lepas aku berpisah dengan dia, aku rasa rugi sangat. Kenapa lepas aku dah tak jumpa dengan dia, baru aku rasa nak menghargai dia?"

That is what we need to face nowadays.
This is what I want to write tonight.

Aku ada ramai kawan. Ramai sangat yang berkawan dengan aku. Walaupun aku ni kadang-kadang dilabel sebagai sombong, garang, singa. Itu hanya luaran. Kawan aku yang ramai ini sahajalah yang tahu dalaman aku. Tapi, mereka cuma tahu. Mereka tak cuba untuk memahami. Aku bukan la nak cakap aku faham semua orang. But, I'm trying to understand my friends. Trying to be nice with them. Aku tak tahu kenapa aku dapat kawan yang ramai macam ni. Aku tak perlu kawan yang ramai, kalau aku ada seorang kawan yang betul-betul faham aku. Aku tak perlu kawan yang hanya nak berdamping dengan aku bila aku keluarkan duit aku untuk belanja mereka. Aku tak perlu kawan yang hanya nak ada di sisi aku masa aku gembira. 

Ukhuwah is when you happy and sad together.
Kekadang aku menyampah dengan orang yang cakap pasal ukhuwah, tapi diri dia sendiri tak praktis. Dont ever say it if you not really understand what ukhuwah means. You are the one who destroy the meaning of ukhuwah because of your attitude!

Aku bukan nak 24/7 berkepit dengan kawan-kawan aku. Aku tahu, mereka juga ada masa untuk diri sendiri. Mereka juga kadang-kadang sedih. Be so secret. Aku tanya nak ke mana pun tak dijawab. Aku rasa macam dipergunakan. When you sad, you come and find me. Why dont you do the same when I'm in sad? 

Orang-orang macam ni, aku yakin. They will easily find new members and forgetting old members. And they maybe sometimes will remembering the sweet moments only.

Jadi, tepuklah dada masing-masing.
Adakah pertemuan kau dengan aku ini kemahuan kau atau hanya kau terpaksa?
Lakonan demi lakonan akan ditayangkan jika kau hanya terpaksa.

Aku sayang kawan aku. 
Tapi, I have no idea if they do same as me.

-May Allah bless all my friends. :) -  

Thursday, 25 June 2015

Summarization :)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh 
*Jawab salam ni. Sebab jawab salam adalah wajib!

Baiklah. Apa pulak yang aku nak merapu ya malam ni? Heee~~

Alhamdulillah. Allah beri kesempatan kepada kita untuk berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun ini. Segala puji bagi Allah yang berkuasa atas segalanya.
Alhamdulillah jugak sebab aku dah habis final exam for first year of degree. Three years to go. *Lambat lagi tu -_-

In sha Allah. Hari ni aku nak tulis something pasal apa yang terjadi masa aku semester 1 dan semester 2 Tahun 1. Post sebelum ni hanya cerita pasal subjek yang aku belajar. Jadi, dalam post kali ni, aku nak cerita segala benda yang terjadi pulak. Sesungguhnya tanpa izin Allah, tiadalah jugak terjadi perkara-perkara tersebut. :)

Semester 1-Tahun 1
31 Ogos 2014  
Daftar masuk UTM
6 September 2014 
Tamat Orientasi. Kat UTM panggil Minggu Mesra Mahasiswa (MMM)
7 September 2014 
Start kelas. Start berkenal-kenalan dengan kawan-kawan. Alhamdulillah dapat kengkawan yang boleh dibuat kawan. Walaupun kekadang hati itu cepat rasa sensitifnya. Segera dibuang perasaan itu.
21 Disember 2014 
Start merasa study week. Dekat Matrikulasi dulu pun ada jugak. Tapi, kat universiti dia lain sikit. Masa ni aku sendirian. Kengkawan aku semuanya study sendiri. Sejujurnya, aku tak reti belajar sorang-sorang. Nanti aku akan terbabas. :'( Pada fasa ini, aku kerap menangis sorang-sorang dalam bilik. Waktu ni aku rasa macam aku dah tadak siapa-siapa. Alone. Sedih wey! 
28 Disember 2014  
Start final exam. Agak sedih lepas jawab paper pada hari tu. Sebab aku tak boleh jawab. Tapi, aku ignore ja. Dah malas nak fikir benda dah lepas. 
11 Januari 2015 
Aku habis paper pada hari tu. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya aku hari tu lepas habis jawab paper. Rasa macam-macam. Sebab nak balik cuti kan. Hahaha. Ini normal.
12 Januari 2015  
Aku bertolak balik ke Kedah untuk cuti selama sebulan. Cuti semester. Aku tak manfaatkan sangat pun cuti aku tu. Hehehe. Rest ok rest.

Itu sahaja kot untuk semester 1. Sebab dah banyak benda aku dah lupa. Lagipun semester 1 punya cerita kurang menarik sikit. Semester 2 mungkin banyak benda yang mencabar lagi. :)

Semester 2-Tahun 1
22 Februari 2015
Balik semula ke UTM untuk meneruskan perjuangan. 
24 Februari 2015
Mula kelas macam biasa. Tapi, kelas untuk semester 2 lain dari kelas semester 1. Sebab aku daftar seksyen lain. So, ada kawan-kawan baru. Errr.. Lelaki la kot yang lain. Kawan perempuan still sama. :D
14 Mac 2015
Musafir Ilmu under KRU KTC. Memandangkan aku ahli kelab ni merangkap setiausaha program ni. Jadi, aku pun ikut serta dalam program ni. Program ni macam lawatan la. Kami jenjalan pi KL. Pi Masjid Negara, Taman Rama-Rama, Muzium Kesenian Islam. Then, balik. Ringkas ja lawatan ni disebabkan segala maslahat yang berlaku. Tapi, dah cukup enjoy sangat. Masa ni terbuka sikit minda aku tentang kebesaran Allah. Sebab aku menerokai alam luar UTM. 
3-11 April 2015
Balik cuti mid-semester selama seminggu.
7 Jun 2015
Study week untuk second semester.
11 Jun 2015
Start final exam for second semester.
18 Jun 2015
1 Ramadhan. Berpuasa di perantauan. Sedih baqhang. Tapi, seronok sebab dapat rasa buka puasa dan terawih dekat MSI. Jalan kaki kot pi masjid. Maklumlah first year kan. Takpa. Dapat banyak pahala! :)
21 Jun 2015
Habis final exam. Abah mai ambik dari Kedah. Pastu, singgah KL kat rumah pakteh. Malam dalam pukul 3 pagi macamtu, bertolak balik ke Kedah. 
22 Jun 2015
Selamat sampai Kedah pukul 9 pagi macam tu. Alhamdulilah.

Jadi. Sebenarnya bukan la benda spesifik sangat aku cerita dalam post ni. Lagipun, banyak sangat pulak rasanya nak menaip kalau nak cerita semua benda. Aku rasa macam nak stop type kat sini. Esok-esok if aku ada kesempatan, aku akan cerita lagi. :)

Okey. Assalamualaikum. :)

Friday, 29 May 2015

Perasaan Atau Perasan?

Assalamualaikum w.b.t

Look at this post title. Haaa. Adakah ada something yang tengah lingering in your mind? Oh my. Okey. Back to your sense please. :D

Baiklah. My sense already back. Kenapa post aku harini tajuk tu? Mesti tertanya-tanya kan? Hurm. Lumrah bagi seorang manusia punya perasaan. Any feelings. Sad, happy, angry, satisfied, annoying, LOVE and etc. Haip. Why did the 'love' word is in capital letters? Ahhaaa.. Okey. Jangan fikir macam-macam.

LOVE. CINTA. Normal bagi makhluk yang bernama manusia. Allah kurniakan fitrah ini untuk setiap makhluknya yang bernama manusia. Dan. Cinta ini juga bukan hanya cinta antara dua jiwa. *okey, poyo. Cinta kepada Allah. Cinta kepada Rasulullah S.A.W. Cinta kepada ummi dan abah. Cinta kepada adik-adik. Cinta kepada guru-guru. Cinta kepada sahabat-sahabat. Cinta kepada ilmu. Cinta kepada mothernature. Cinta kepada haiwan. Cinta kepada tumbuh-tumbuhan. Jadi, apa yang salahnya tentang cinta ini? Tiada yang salah. Cuma manusia yang sering menyalahgunakan perkataan cinta ini. 

Contohnya. Seorang lelaki dan seorang perempuan yang belum mempunyai ikatan yang sah bercinta. Opss. Maaf. Adakah ini dinamakan cinta sebenarnya? Huh? Cinta monyet? Cinta yang pada akhirnya membawa kepada kemusnahan. Moga kita tidak terjebak dengan cinta yang sebegini. Na'uzubillah.

Jadi. Apa kaitannya dengan tajuk post aku ni? Sebenarnya yang kat atas tu mukaddimah sahaja. :D
Ini cerita yang sebenarnya. 

Pernah tak kadang-kadang perasaan suka tu hadir dalam diri kita? Aku salute dengan siapa yang tak pernah pun rasa suka kat orang. Sebab hati dia sangat kental. Perasaan suka kepada orang tu normal. Jangan suka sama jantina dah la. Yang tu memang tak normal! Allah hadirkan perasaan suka tu ada sebabnya. Sebabnya?
1) Nak uji.
2) Mungkin betul orang yang kita suka ada jodoh dengan kita.
3) Mungkin juga orang yang kita suka tu, suka kita jugak.
Allah knows better. 

Tapi. Pernah tak kadang-kadang rasa tak senang dengan perasaan suka tu? Rasa macam aku taknak suka dia, but why that feeling always come? Oh my. This is such a burdensome for me. Dan. Pernah tak bila, kita suka sangat-sangat kat orang tu. But, last sekali. End up with no action sebab orang yang kita suka tu dah berpunya (ada pakwe/makwe, tunang or etc). Rasa macam nak nangis tanpa henti. Rasa macam, kenapa orang yang aku suka mesti hak orang? Kenapa? (jerit satu dunia!)
*Sorry ter'emo' sikit. :P Macam aku pulak yang alami tu haa. Hahaha.

Macam tu la realitinya. Bila kita suka dekat orang tu. Pasti, dia adalah hak orang lain. Or, bakal jadi hak orang lain. Sedih kan? Jangan sedih. Sebab, Allah akan gantikan seseorang yang lebih baik daripada orang lain untuk kita. Keep pray. In sha Allah. It will be true. :)

Apa kaitan dengan perasan pulak?

Baiklah. Kalau kita ada perasaan kat orang, ada kemungkinan yang kita akan perasan bahawasanya orang kita suka tu, suka kita jugak. Inilah dinamakan perasan. Perasan ni akan wujud bila ada perasaan. Perasan sangat orang tu pun suka kita. And so on. Susah jugak sebenarnya bila ada rasa perasan ni. Sebab kita akan sentiasa perasan semua orang akan setuju dengan kita. Walau apapun yang terjadi. So, susah kan? Hurm. Sebenarnya, dah tak ada idea.

Last but not least.
Perasaan itu fitrah. Jangan jadikan ia fitnah dengan adanya perasan. Sebab perasaan yang Allah kurniakan tu tak ada cacat cela pun. Kita sendiri yang mencacatkan ia. Kawallah perasaan itu seboleh mungkin. Kerana, kita sendiri yang akan berasa malu bila perasaan kita tidak dikawal.

Wallahu'alam. 

*Yang merapu-rapu tu abaikan. :P


Saturday, 7 March 2015

Semester 2 Begin :)

Alhamdulillah. Diberi kesempatan untuk menaip lagi. Walaupun esok ada kelas. Tapi, kegagahan mengatasi segala-galanya. Ok fine. I am starting talking merepek. -_-

Sebenarnya, aku takdak idea nak tulis apa malam ni. Tapi, takpa. Akan ku usahakan sehabis mungkin. Omg, exam takmau usaha. Benda lagha, pulun tak sangga. Ku tahu sikap ku yang satu itu. Huhuhuhuhuhuhuhu.

Baiklah. Aku dah mulakan pengajian untuk semester 2 di UTM. Jadi, aku nak share sikit subjek apa yang aku ambil. Susah ke tak. *errr..definetely it were really tough. Errgghh!!

1) Circuit and Systems 
*This subject kalau nak ambik semester 2 ni, kena pass subjek Circuit Theory yang aku ambik time semester 1 dulu. Tahap kepayahan dia sangatlah tinggi. Dan, semestinya, aku kena melipatgandakan usaha aku. Tapi, aku rasa aku belum mulakan lagi misi tu. Eheh.

2) Electronic Devices
*Subjek ni pun kalau nak ambik semester 2 kena pass Circuit Theory jugak. Subjek ni macam belajar Chemistry balik. Takpa lah. Aku try. Dahlah aku kureng sikit dengan kimia-kimia ni. Tadak chemistry orang putih kata. :P

3) Digital Electronics
*Yang ni, tough jugak. Belajar macam Science Computer, tapi lebih mendalam. Yala. Kat universiti ni mana ada subjek senang-senang dah wei. Nak senang, takpayah masuk universiti. *Aku cakap sungguh ni.

4) Differential Equation
*Ini Math punya subjek. Yang dulu-dulu belajar Add Maths ada differentiation tu. Subjek ni dia masuk sampai kedalam-dalam. Sampai ke nucleus kalau ikut bahasa Bio. Hahahaha. Aku merapu.

5) Engineering Science
*Aku speechless. Taktau nak describe macam mana subjek ni. Yang pastinya, kena buat FBD sama macam aku belajar Physics masa Matriculation dulu. Tapi, nak habaq mai. Dia complicated sungguh. I am in a complicated relation with this subject.

6) Tamadun Islam dan Tamadun Asia
*Sapa-sapa yang dok belajar Sejarah la ni. Baik hampa ingat betul-betul sejarah tu. Jangan dok buat main. Kat universiti pun belajar jugak sejarah. Letih aku. Punya nak lari. Jumpa balik pulak dah. Takpa laa. Semua ni ilmu Allah. :)

Jadi, 6 subjek tu lah yang aku ambik semester ni. Sesiapa yang berniat nak ambik Electrical Engineering kat UTM. In sha Allah, subjeknya macam ni lah untuk semester 2. Memang tough sangat subjek-subjek ni. Kita semua tau, takdak satu benda atas dunia ni yang senang. Even hang nak makan pun, hang kena ada usaha jugak. Usaha nak bangun dari katil, siap-siap, jalan pi cafe, beli makanan, dan suap dalam mulut, akhir sekali kunyah-kunyah, pastu telan. Semua tu bentuk usaha. Katalaa, hang tak telan. Ada makanan tu nak masuk dalam perut? Dan kenyang ka bila makanan tak masuk dalam perut? Nah. Panjang punya perbandingan aku. Tapi, takpa. Senang nak faham kan? Ehehhehehe.

So, aku dah taktau nak cakap apa dah. Harap-harapnya, pointer aku semester ni lagi bagus la dari semester lepas. Walaupun, aku dah nampak dah bunga-bunga dok gugur ni. Hahahahaha. Dak aih. In sha Allah. Aku akan pulun habis-habisan. I will. 

Okey. Kalau aku rajin, ada la next post. Kalau takdak next post tu, bukan sebab aku malas, tapi sebab aku busy. Hahahahaha. Cover tu mesti ada. Okey. Wassalam. :)




Thursday, 27 November 2014

Cabaran

Dan bila mana idea mencurah-curah. Jari ini terus gatal untuk berlari di atas papan kekunci. Dan bila juga hati ini tercari-cari di mana tempat untuk bercerita. Jadi, diari maya ini aku buka. 

Assalamualaikum. Annyeohasayo. 
Jumpa lagi. Even last entry aku haritu, aku tulis, maybe lambat lagi akan ku update diari maya ini. Tapi, dikesempatan di mana wifi pun boleh ku connect, jadi ku update lagi diari ini.

Sebenarnya, aku tak tahu apa yang hati ini sedang resahkan. Tetapi, aku seringkali teringatkan hometown. *ouh,homesick rupanya T.T *mungkin juga

Tapi, ada sesuatu yang lagi meresahkan dari homesick tu. Mungkin hati ini terlalu sensitif. Mungkin. *ok.cukuplah merapu tu -_-

Jadi, hari ini aku nak cerita pasal aku. Ya. Pasal hidup aku. Boleh tak? *eh,yang aku tanya kenapa?blog aku,ikut suka aku la .____.

Sebelum aku masuk berdaftar sebagai seorang pelajar di UTM ni. Masa aku tengah sibuk uruskan urusan UTM ni. Aku banyak luangkan masa dengan abah. Ofkos la. Sebab abah la yang bawa aku ke mana-mana sahaja. Abah jadi driver aku sat. Hihihi.

Abah cakap kat aku ----> Abah cerita kat kawan-kawan abah. Hidup anak aku yang sulung ni sangat unik. Ya. Unik. Tak dak siapa pun boleh percaya dengan hidup dia. Dulu, UPSR dia dapat 3A2B. Menangis sampai bengkak mata-mata. PMR dia naik pulak. 6A3B. Dia nak tebus balik kegagalan dia masa UPSR dulu. Masa SPM dia jatuh pulak. Dapat 3A saja. Tapi, boleh masuk matrik. Dekat matrik dia pulun. Dia dapat pointer tinggi. Alhamdulillah. Lepas ni, nak sambung dekat UTM. Abah cerita benda ni kat kawan-kawan abah.

Ya. Ini kisah benar hidup aku. Memang abah pernah cerita kat aku pasal benda ni.

Aku. Bukanlah seperti mereka yang senantiasa berada dalam kecermerlangan. Aku punya waktu jatuh. Aku punya waktu kegelapan. Aku punya waktu aku sakit. Waktu aku rasa macam hidup ini dah tak guna bagi aku. Waktu aku rasa macam akulah orang paling bodoh atas dunia ni. Even, aku ni ramai  orang kenal. Tapi, bukan dengan kepintaran aku dalam pelajaran. Orang kenal kerana kepetahan aku berbicara. Tak dak la petah sangat. Mungkin yang lebih tepat kerana kelancangan aku berkata-kata.

Bila aku berada dalam waktu-waktu begitu. Ya. Aku tak punya sesiapa. Habis hilang semua kawan-kawan yang sanjung aku. Yang tinggal dan terus support aku adalah ummi dan abah. Aku sangat tahu ini. 

Haritu. Masa aku balik rumah sekejap untuk uruskan JPA. Aku cakap kat abah.
"Abah. Kakak bukan siapa-siapa. Kawan-kawan kakak dekat UTM semua pandai-pandai abah. Dapat banyak A time SPM, PMR, UPSR. Bila kakak cakap, aku cuma dapat 3A SPM. Aku second intake time matrik. Kawan-kawan kakak tak percaya. Kakak tunjuk bukti, depa diam." Pastu abah cakap "Ouh. Nak kata diri tu tak setanding orang lain la?" Pastu abah diam.

Ya. Aku tak setanding mereka. Mereka bijak. Mungkin sebab aku bukan berada di pentas yang sama, mereka ignore aku. Takpa. Aku dah biasa dengan benda-benda macam ni. Aku dah biasa bila kawan-kawan aku buat macam ni. Sebab, benda ni akan berlaku setiap kali aku dapat kawan baru. Even, kat sekolah rendah, sekolah menengah, matrik. Ya. Aku rasa itu setiap masa. Mungkin Allah nak bagi peringatan kat aku kot. Tak semua orang akan berada ketika kita susah. Ya. Betul tu. 

Tapi, aku hairan. Bila aku sudah berada jauh dari mata mereka. Tahu pulak mereka mencari aku. Tahu pulak mereka bertanya khabar aku. Lagaknya seperti tiada apa yang berlaku sebelum itu. Mungkin aku sahaja yang sensitif sangat. Simpan dalam hati.

Ouh ya. Kenapa aku tulis macam ni entry kali ni? Entah. Hati ini rasa sakit. Otak pun menghantar isyarat ke jari-jari untuk menaip. Aku rasa hati aku sudah sedikit tenang sekarang. Alhamdulillah. 

Next entry, in sha Allah. Aku takkan melalut lagi. In sha Allah, jika hati ini sudah kuat.



                                                                                                                                   -nhh95-



Friday, 21 November 2014

Surprises! :D

Yaa. Meet again. Sekarang ni, aku update blog kat rumah. Heh, aku balik minggu ni. Hahaha. Dasar budak cengeng. Tak boleh kalau tak balik rumah lama-lama. Eh, tak laa. Aku balik rumah sebab... *okey la. aku bagi surprise japgi. :)

In this entry, aku nak cerita pasal apa ek? Okay. Last week, aku ada Test Engineering Mathematics 1. Aku rasa macam nampak nur jugak nak dapat result elok dari 1st test hari tu. Alhamdulillah. :) Allah yang bagi semua tu kan. 

Then, minggu lepas jugak aku mencuba-cuba fashion tudung hanatajima or whateva tu. Aku guna tudung bawal bidang 60. Omo, aku memang tak sesuai. Sebab aku tak suka benda yang serabutkan kepala otak aku. Tapi, aku try jugak. Hehehe. So unpredictable. Aku memang selalu macam ni. Even, aku tak suka benda tu. Tapi, aku akan cuba adapt benda tu. And, lelama aku jatuh suka lah. Ahaks. Ayat mengada youuu! 


[Ahaaa, ni la fashion tu. Hahaha. 
Actually, aku nak tergelak bila tengok aku pakai tudung macam ni. :D]


So, begitulah aku pakai tudung tu. So messy right? Okay. Aku tukar cerita lain pulak. Memandangkan mungkin lepas ni aku akan as busy as bee sebab final exam is around the corner, aku akan cerita macam-macam dalam entry ni. Pastu, dengan semua benda aku nak cover in less than a month. Memang. Memang Nur Habibah Hasbullah ni suka buat kerja last minute. -_- This is truly me. Yehet!

Haaa.. Nak share berita gembira! Dan berita gembira ni jugak salah satu sebab aku balik rumah aku yang jauh di nun Utara Malaysia minggu ni. *gagah cari tiket flight last minute sebab nak balik. mahal pun mahal la. kesah pulak aku. Eh, aku kesah. -_-'



[This is why, aku balik rumah weekend ni. Even cuti tak lama. Hahaha.]



Yaa. Inilah sebabnya. Alhamdulillah. Syukur tak terkata bila aku check and aku dapat. Hahaha. Pada malam kejadian aku nak check ni kan. Aku baru habis solat Maghrib. Pastu, aku on whatsapp. Kawan-kawan aku share link jpa ni kat group. So, aku dengan terketar-ketarnya menaip number IC and password aku. And, click enter! Loading... Then, keuar la gambar tu. Ya Allah, serius terharu. Terharu dengan surprise yang Allah bagi kat aku ni. :') Dan, aku rasa hina sangat sebab lepas ja solat Maghrib, aku niat nak baca AlQuran. Pastu dah buka whatsapp, faham-faham je la. Naa, lepas tengok benda ni baru aku baca AlQuran. *hina sungguh! :'(

Sekarang, aku dah siap semua dokumen-dokumen tu. Dah siap sign saksi semua. Matikan setem hasil. And, esok aku balik semula ke Johor Darul Takzim, tempat letaknya UTM ter'chenta' !




[Ni la dokumen-dokumen tu semua. Alhamdulillah. 
Allah bagi kesempatan untuk siapkan benda ni within a day! :)]



Dan. Aku dapat surprise jugak tadi. Aku sebenarnya dah lama lapar bubur asyura. Maklumlah, dekat Johor aku tak tau nak cari kat mana bubur asyura tu. So, ummi dengan mak-mak saudara dan bapa-bapa saudara aku, bertungkus lumus buat bubur asyura. Hahaha. Sebenarnya, bukan sebab aku balik, bubur asyura tu dibuat. Memang dah lama merancang. Saja nak menggedik ja aku ni. Hehehe. Tapi, aku rasa seronok sangat. Sebab dapat makan bubur tu. Bab makan memang serahkan saja pada aku. *sebab tu badan semakin membulat! T.T

Jadi, aku rasa macam entry kali ni aku banyak merapu. Jadi, next entry, in sha Allah, aku akan cuba jadi lebih serius.

Haaa. Sebelum aku tamatkan entry kali ni. Boleh tak nak minta pendapat viewers semua, *bajet sangat ramai orang baca blog ni* nak tak kalau aku buatkan cerpen pulak? Or, novel yang ada sambungan tu? Aku teringin la nak buat-buat macam tu. Entah la kenapa. Mungkin juga sebab aku suka baca novel kot. Ahaks. Okay. Penangan novel. Haish. Tak patut. T.T

Okay, kalau la ada yang nak kan cerpen or novel tu, aku akan cuba buat. Dan upload kt sini.
In sha Allah.


Jadi, 
      
                                     -nhh95-