Followers

Thursday, 15 October 2015

Pertemuan : Satu KEMAHUAN Atau KETERPAKSAAN?

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani

Kita semua tidak akan pernah lari dari bertemu atau berjumpa atau berkenalan dengan seseorang yang baru masuk dalam hidup kita. Hari ni, esok, minggu depan, bulan depan, tahun hadapan, dan 1000 tahun lagi. Kita pasti dan mesti berjumpa dengan orang yang baru dengan perangai yang baru, nama yang berbeza, umur yang berlainan. Sudah tentu pertemuan ini sering berlaku kerana berjuta-juta malah berbillion manusia yang hidup atas dunia ini. Bukan hanya aku atau kau seorang.

Tapi, pernah tak dengar ayat ni. "Dulu sebelum berpisah, aku tak pernah hargai dia sebagai seorang sahabat. Aku pedulikan dia. Tapi, lepas aku berpisah dengan dia, aku rasa rugi sangat. Kenapa lepas aku dah tak jumpa dengan dia, baru aku rasa nak menghargai dia?"

That is what we need to face nowadays.
This is what I want to write tonight.

Aku ada ramai kawan. Ramai sangat yang berkawan dengan aku. Walaupun aku ni kadang-kadang dilabel sebagai sombong, garang, singa. Itu hanya luaran. Kawan aku yang ramai ini sahajalah yang tahu dalaman aku. Tapi, mereka cuma tahu. Mereka tak cuba untuk memahami. Aku bukan la nak cakap aku faham semua orang. But, I'm trying to understand my friends. Trying to be nice with them. Aku tak tahu kenapa aku dapat kawan yang ramai macam ni. Aku tak perlu kawan yang ramai, kalau aku ada seorang kawan yang betul-betul faham aku. Aku tak perlu kawan yang hanya nak berdamping dengan aku bila aku keluarkan duit aku untuk belanja mereka. Aku tak perlu kawan yang hanya nak ada di sisi aku masa aku gembira. 

Ukhuwah is when you happy and sad together.
Kekadang aku menyampah dengan orang yang cakap pasal ukhuwah, tapi diri dia sendiri tak praktis. Dont ever say it if you not really understand what ukhuwah means. You are the one who destroy the meaning of ukhuwah because of your attitude!

Aku bukan nak 24/7 berkepit dengan kawan-kawan aku. Aku tahu, mereka juga ada masa untuk diri sendiri. Mereka juga kadang-kadang sedih. Be so secret. Aku tanya nak ke mana pun tak dijawab. Aku rasa macam dipergunakan. When you sad, you come and find me. Why dont you do the same when I'm in sad? 

Orang-orang macam ni, aku yakin. They will easily find new members and forgetting old members. And they maybe sometimes will remembering the sweet moments only.

Jadi, tepuklah dada masing-masing.
Adakah pertemuan kau dengan aku ini kemahuan kau atau hanya kau terpaksa?
Lakonan demi lakonan akan ditayangkan jika kau hanya terpaksa.

Aku sayang kawan aku. 
Tapi, I have no idea if they do same as me.

-May Allah bless all my friends. :) -  

No comments:

Post a Comment