Followers

Thursday, 25 June 2015

Summarization :)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh 
*Jawab salam ni. Sebab jawab salam adalah wajib!

Baiklah. Apa pulak yang aku nak merapu ya malam ni? Heee~~

Alhamdulillah. Allah beri kesempatan kepada kita untuk berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun ini. Segala puji bagi Allah yang berkuasa atas segalanya.
Alhamdulillah jugak sebab aku dah habis final exam for first year of degree. Three years to go. *Lambat lagi tu -_-

In sha Allah. Hari ni aku nak tulis something pasal apa yang terjadi masa aku semester 1 dan semester 2 Tahun 1. Post sebelum ni hanya cerita pasal subjek yang aku belajar. Jadi, dalam post kali ni, aku nak cerita segala benda yang terjadi pulak. Sesungguhnya tanpa izin Allah, tiadalah jugak terjadi perkara-perkara tersebut. :)

Semester 1-Tahun 1
31 Ogos 2014  
Daftar masuk UTM
6 September 2014 
Tamat Orientasi. Kat UTM panggil Minggu Mesra Mahasiswa (MMM)
7 September 2014 
Start kelas. Start berkenal-kenalan dengan kawan-kawan. Alhamdulillah dapat kengkawan yang boleh dibuat kawan. Walaupun kekadang hati itu cepat rasa sensitifnya. Segera dibuang perasaan itu.
21 Disember 2014 
Start merasa study week. Dekat Matrikulasi dulu pun ada jugak. Tapi, kat universiti dia lain sikit. Masa ni aku sendirian. Kengkawan aku semuanya study sendiri. Sejujurnya, aku tak reti belajar sorang-sorang. Nanti aku akan terbabas. :'( Pada fasa ini, aku kerap menangis sorang-sorang dalam bilik. Waktu ni aku rasa macam aku dah tadak siapa-siapa. Alone. Sedih wey! 
28 Disember 2014  
Start final exam. Agak sedih lepas jawab paper pada hari tu. Sebab aku tak boleh jawab. Tapi, aku ignore ja. Dah malas nak fikir benda dah lepas. 
11 Januari 2015 
Aku habis paper pada hari tu. Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya aku hari tu lepas habis jawab paper. Rasa macam-macam. Sebab nak balik cuti kan. Hahaha. Ini normal.
12 Januari 2015  
Aku bertolak balik ke Kedah untuk cuti selama sebulan. Cuti semester. Aku tak manfaatkan sangat pun cuti aku tu. Hehehe. Rest ok rest.

Itu sahaja kot untuk semester 1. Sebab dah banyak benda aku dah lupa. Lagipun semester 1 punya cerita kurang menarik sikit. Semester 2 mungkin banyak benda yang mencabar lagi. :)

Semester 2-Tahun 1
22 Februari 2015
Balik semula ke UTM untuk meneruskan perjuangan. 
24 Februari 2015
Mula kelas macam biasa. Tapi, kelas untuk semester 2 lain dari kelas semester 1. Sebab aku daftar seksyen lain. So, ada kawan-kawan baru. Errr.. Lelaki la kot yang lain. Kawan perempuan still sama. :D
14 Mac 2015
Musafir Ilmu under KRU KTC. Memandangkan aku ahli kelab ni merangkap setiausaha program ni. Jadi, aku pun ikut serta dalam program ni. Program ni macam lawatan la. Kami jenjalan pi KL. Pi Masjid Negara, Taman Rama-Rama, Muzium Kesenian Islam. Then, balik. Ringkas ja lawatan ni disebabkan segala maslahat yang berlaku. Tapi, dah cukup enjoy sangat. Masa ni terbuka sikit minda aku tentang kebesaran Allah. Sebab aku menerokai alam luar UTM. 
3-11 April 2015
Balik cuti mid-semester selama seminggu.
7 Jun 2015
Study week untuk second semester.
11 Jun 2015
Start final exam for second semester.
18 Jun 2015
1 Ramadhan. Berpuasa di perantauan. Sedih baqhang. Tapi, seronok sebab dapat rasa buka puasa dan terawih dekat MSI. Jalan kaki kot pi masjid. Maklumlah first year kan. Takpa. Dapat banyak pahala! :)
21 Jun 2015
Habis final exam. Abah mai ambik dari Kedah. Pastu, singgah KL kat rumah pakteh. Malam dalam pukul 3 pagi macamtu, bertolak balik ke Kedah. 
22 Jun 2015
Selamat sampai Kedah pukul 9 pagi macam tu. Alhamdulilah.

Jadi. Sebenarnya bukan la benda spesifik sangat aku cerita dalam post ni. Lagipun, banyak sangat pulak rasanya nak menaip kalau nak cerita semua benda. Aku rasa macam nak stop type kat sini. Esok-esok if aku ada kesempatan, aku akan cerita lagi. :)

Okey. Assalamualaikum. :)

No comments:

Post a Comment