Followers

Saturday, 7 March 2015

Semester 2 Begin :)

Alhamdulillah. Diberi kesempatan untuk menaip lagi. Walaupun esok ada kelas. Tapi, kegagahan mengatasi segala-galanya. Ok fine. I am starting talking merepek. -_-

Sebenarnya, aku takdak idea nak tulis apa malam ni. Tapi, takpa. Akan ku usahakan sehabis mungkin. Omg, exam takmau usaha. Benda lagha, pulun tak sangga. Ku tahu sikap ku yang satu itu. Huhuhuhuhuhuhuhu.

Baiklah. Aku dah mulakan pengajian untuk semester 2 di UTM. Jadi, aku nak share sikit subjek apa yang aku ambil. Susah ke tak. *errr..definetely it were really tough. Errgghh!!

1) Circuit and Systems 
*This subject kalau nak ambik semester 2 ni, kena pass subjek Circuit Theory yang aku ambik time semester 1 dulu. Tahap kepayahan dia sangatlah tinggi. Dan, semestinya, aku kena melipatgandakan usaha aku. Tapi, aku rasa aku belum mulakan lagi misi tu. Eheh.

2) Electronic Devices
*Subjek ni pun kalau nak ambik semester 2 kena pass Circuit Theory jugak. Subjek ni macam belajar Chemistry balik. Takpa lah. Aku try. Dahlah aku kureng sikit dengan kimia-kimia ni. Tadak chemistry orang putih kata. :P

3) Digital Electronics
*Yang ni, tough jugak. Belajar macam Science Computer, tapi lebih mendalam. Yala. Kat universiti ni mana ada subjek senang-senang dah wei. Nak senang, takpayah masuk universiti. *Aku cakap sungguh ni.

4) Differential Equation
*Ini Math punya subjek. Yang dulu-dulu belajar Add Maths ada differentiation tu. Subjek ni dia masuk sampai kedalam-dalam. Sampai ke nucleus kalau ikut bahasa Bio. Hahahaha. Aku merapu.

5) Engineering Science
*Aku speechless. Taktau nak describe macam mana subjek ni. Yang pastinya, kena buat FBD sama macam aku belajar Physics masa Matriculation dulu. Tapi, nak habaq mai. Dia complicated sungguh. I am in a complicated relation with this subject.

6) Tamadun Islam dan Tamadun Asia
*Sapa-sapa yang dok belajar Sejarah la ni. Baik hampa ingat betul-betul sejarah tu. Jangan dok buat main. Kat universiti pun belajar jugak sejarah. Letih aku. Punya nak lari. Jumpa balik pulak dah. Takpa laa. Semua ni ilmu Allah. :)

Jadi, 6 subjek tu lah yang aku ambik semester ni. Sesiapa yang berniat nak ambik Electrical Engineering kat UTM. In sha Allah, subjeknya macam ni lah untuk semester 2. Memang tough sangat subjek-subjek ni. Kita semua tau, takdak satu benda atas dunia ni yang senang. Even hang nak makan pun, hang kena ada usaha jugak. Usaha nak bangun dari katil, siap-siap, jalan pi cafe, beli makanan, dan suap dalam mulut, akhir sekali kunyah-kunyah, pastu telan. Semua tu bentuk usaha. Katalaa, hang tak telan. Ada makanan tu nak masuk dalam perut? Dan kenyang ka bila makanan tak masuk dalam perut? Nah. Panjang punya perbandingan aku. Tapi, takpa. Senang nak faham kan? Ehehhehehe.

So, aku dah taktau nak cakap apa dah. Harap-harapnya, pointer aku semester ni lagi bagus la dari semester lepas. Walaupun, aku dah nampak dah bunga-bunga dok gugur ni. Hahahahaha. Dak aih. In sha Allah. Aku akan pulun habis-habisan. I will. 

Okey. Kalau aku rajin, ada la next post. Kalau takdak next post tu, bukan sebab aku malas, tapi sebab aku busy. Hahahahaha. Cover tu mesti ada. Okey. Wassalam. :)




No comments:

Post a Comment