Followers

Thursday, 27 November 2014

Cabaran

Dan bila mana idea mencurah-curah. Jari ini terus gatal untuk berlari di atas papan kekunci. Dan bila juga hati ini tercari-cari di mana tempat untuk bercerita. Jadi, diari maya ini aku buka. 

Assalamualaikum. Annyeohasayo. 
Jumpa lagi. Even last entry aku haritu, aku tulis, maybe lambat lagi akan ku update diari maya ini. Tapi, dikesempatan di mana wifi pun boleh ku connect, jadi ku update lagi diari ini.

Sebenarnya, aku tak tahu apa yang hati ini sedang resahkan. Tetapi, aku seringkali teringatkan hometown. *ouh,homesick rupanya T.T *mungkin juga

Tapi, ada sesuatu yang lagi meresahkan dari homesick tu. Mungkin hati ini terlalu sensitif. Mungkin. *ok.cukuplah merapu tu -_-

Jadi, hari ini aku nak cerita pasal aku. Ya. Pasal hidup aku. Boleh tak? *eh,yang aku tanya kenapa?blog aku,ikut suka aku la .____.

Sebelum aku masuk berdaftar sebagai seorang pelajar di UTM ni. Masa aku tengah sibuk uruskan urusan UTM ni. Aku banyak luangkan masa dengan abah. Ofkos la. Sebab abah la yang bawa aku ke mana-mana sahaja. Abah jadi driver aku sat. Hihihi.

Abah cakap kat aku ----> Abah cerita kat kawan-kawan abah. Hidup anak aku yang sulung ni sangat unik. Ya. Unik. Tak dak siapa pun boleh percaya dengan hidup dia. Dulu, UPSR dia dapat 3A2B. Menangis sampai bengkak mata-mata. PMR dia naik pulak. 6A3B. Dia nak tebus balik kegagalan dia masa UPSR dulu. Masa SPM dia jatuh pulak. Dapat 3A saja. Tapi, boleh masuk matrik. Dekat matrik dia pulun. Dia dapat pointer tinggi. Alhamdulillah. Lepas ni, nak sambung dekat UTM. Abah cerita benda ni kat kawan-kawan abah.

Ya. Ini kisah benar hidup aku. Memang abah pernah cerita kat aku pasal benda ni.

Aku. Bukanlah seperti mereka yang senantiasa berada dalam kecermerlangan. Aku punya waktu jatuh. Aku punya waktu kegelapan. Aku punya waktu aku sakit. Waktu aku rasa macam hidup ini dah tak guna bagi aku. Waktu aku rasa macam akulah orang paling bodoh atas dunia ni. Even, aku ni ramai  orang kenal. Tapi, bukan dengan kepintaran aku dalam pelajaran. Orang kenal kerana kepetahan aku berbicara. Tak dak la petah sangat. Mungkin yang lebih tepat kerana kelancangan aku berkata-kata.

Bila aku berada dalam waktu-waktu begitu. Ya. Aku tak punya sesiapa. Habis hilang semua kawan-kawan yang sanjung aku. Yang tinggal dan terus support aku adalah ummi dan abah. Aku sangat tahu ini. 

Haritu. Masa aku balik rumah sekejap untuk uruskan JPA. Aku cakap kat abah.
"Abah. Kakak bukan siapa-siapa. Kawan-kawan kakak dekat UTM semua pandai-pandai abah. Dapat banyak A time SPM, PMR, UPSR. Bila kakak cakap, aku cuma dapat 3A SPM. Aku second intake time matrik. Kawan-kawan kakak tak percaya. Kakak tunjuk bukti, depa diam." Pastu abah cakap "Ouh. Nak kata diri tu tak setanding orang lain la?" Pastu abah diam.

Ya. Aku tak setanding mereka. Mereka bijak. Mungkin sebab aku bukan berada di pentas yang sama, mereka ignore aku. Takpa. Aku dah biasa dengan benda-benda macam ni. Aku dah biasa bila kawan-kawan aku buat macam ni. Sebab, benda ni akan berlaku setiap kali aku dapat kawan baru. Even, kat sekolah rendah, sekolah menengah, matrik. Ya. Aku rasa itu setiap masa. Mungkin Allah nak bagi peringatan kat aku kot. Tak semua orang akan berada ketika kita susah. Ya. Betul tu. 

Tapi, aku hairan. Bila aku sudah berada jauh dari mata mereka. Tahu pulak mereka mencari aku. Tahu pulak mereka bertanya khabar aku. Lagaknya seperti tiada apa yang berlaku sebelum itu. Mungkin aku sahaja yang sensitif sangat. Simpan dalam hati.

Ouh ya. Kenapa aku tulis macam ni entry kali ni? Entah. Hati ini rasa sakit. Otak pun menghantar isyarat ke jari-jari untuk menaip. Aku rasa hati aku sudah sedikit tenang sekarang. Alhamdulillah. 

Next entry, in sha Allah. Aku takkan melalut lagi. In sha Allah, jika hati ini sudah kuat.



                                                                                                                                   -nhh95-



No comments:

Post a Comment