Assalamualaikum w.b.t
Look at this post title. Haaa. Adakah ada something yang tengah lingering in your mind? Oh my. Okey. Back to your sense please. :D
Baiklah. My sense already back. Kenapa post aku harini tajuk tu? Mesti tertanya-tanya kan? Hurm. Lumrah bagi seorang manusia punya perasaan. Any feelings. Sad, happy, angry, satisfied, annoying, LOVE and etc. Haip. Why did the 'love' word is in capital letters? Ahhaaa.. Okey. Jangan fikir macam-macam.
LOVE. CINTA. Normal bagi makhluk yang bernama manusia. Allah kurniakan fitrah ini untuk setiap makhluknya yang bernama manusia. Dan. Cinta ini juga bukan hanya cinta antara dua jiwa. *okey, poyo. Cinta kepada Allah. Cinta kepada Rasulullah S.A.W. Cinta kepada ummi dan abah. Cinta kepada adik-adik. Cinta kepada guru-guru. Cinta kepada sahabat-sahabat. Cinta kepada ilmu. Cinta kepada mothernature. Cinta kepada haiwan. Cinta kepada tumbuh-tumbuhan. Jadi, apa yang salahnya tentang cinta ini? Tiada yang salah. Cuma manusia yang sering menyalahgunakan perkataan cinta ini.
Contohnya. Seorang lelaki dan seorang perempuan yang belum mempunyai ikatan yang sah bercinta. Opss. Maaf. Adakah ini dinamakan cinta sebenarnya? Huh? Cinta monyet? Cinta yang pada akhirnya membawa kepada kemusnahan. Moga kita tidak terjebak dengan cinta yang sebegini. Na'uzubillah.
Jadi. Apa kaitannya dengan tajuk post aku ni? Sebenarnya yang kat atas tu mukaddimah sahaja. :D
Ini cerita yang sebenarnya.
Pernah tak kadang-kadang perasaan suka tu hadir dalam diri kita? Aku salute dengan siapa yang tak pernah pun rasa suka kat orang. Sebab hati dia sangat kental. Perasaan suka kepada orang tu normal. Jangan suka sama jantina dah la. Yang tu memang tak normal! Allah hadirkan perasaan suka tu ada sebabnya. Sebabnya?
1) Nak uji.
2) Mungkin betul orang yang kita suka ada jodoh dengan kita.
3) Mungkin juga orang yang kita suka tu, suka kita jugak.
Allah knows better.
Tapi. Pernah tak kadang-kadang rasa tak senang dengan perasaan suka tu? Rasa macam aku taknak suka dia, but why that feeling always come? Oh my. This is such a burdensome for me. Dan. Pernah tak bila, kita suka sangat-sangat kat orang tu. But, last sekali. End up with no action sebab orang yang kita suka tu dah berpunya (ada pakwe/makwe, tunang or etc). Rasa macam nak nangis tanpa henti. Rasa macam, kenapa orang yang aku suka mesti hak orang? Kenapa? (jerit satu dunia!)
*Sorry ter'emo' sikit. :P Macam aku pulak yang alami tu haa. Hahaha.
Macam tu la realitinya. Bila kita suka dekat orang tu. Pasti, dia adalah hak orang lain. Or, bakal jadi hak orang lain. Sedih kan? Jangan sedih. Sebab, Allah akan gantikan seseorang yang lebih baik daripada orang lain untuk kita. Keep pray. In sha Allah. It will be true. :)
Apa kaitan dengan perasan pulak?
Baiklah. Kalau kita ada perasaan kat orang, ada kemungkinan yang kita akan perasan bahawasanya orang kita suka tu, suka kita jugak. Inilah dinamakan perasan. Perasan ni akan wujud bila ada perasaan. Perasan sangat orang tu pun suka kita. And so on. Susah jugak sebenarnya bila ada rasa perasan ni. Sebab kita akan sentiasa perasan semua orang akan setuju dengan kita. Walau apapun yang terjadi. So, susah kan? Hurm. Sebenarnya, dah tak ada idea.
Last but not least.
Perasaan itu fitrah. Jangan jadikan ia fitnah dengan adanya perasan. Sebab perasaan yang Allah kurniakan tu tak ada cacat cela pun. Kita sendiri yang mencacatkan ia. Kawallah perasaan itu seboleh mungkin. Kerana, kita sendiri yang akan berasa malu bila perasaan kita tidak dikawal.
Wallahu'alam.
*Yang merapu-rapu tu abaikan. :P